Kembara Malam Merdeka

Assalamualaikum uollss,


sempena cuti nie aku ingat nak balik rumah aku yang kat johor sana . tapi sebab tiket ekspress dah habis, aku plan nak naik bus lompat aka shuttle ja dari muadzam . sampai segamat amik train ke layang .  tapi seriously merdeka + raya =merdeka raya tahun nie paling tak dapat aku lupa .. pagi semalam aku dengan normalnya pergi ke kelas pagi dan petang . jumpa lecturer . bergelak sakan dengan kawan aku bagai . tapi start dari balik dari kelas , memang kelam kabut gila ..

bermula dengan aku yang habis kelas pukul 5 . sebab kelas aku straight dari pagi sampai petang ( just rehat untuk tengah hari ) aku memang penat gila hari nie . selalunya lepas balik kelas, aku pegi lepak kat bilik kawan aku or tidur kejap kat sana ke hapa tapi sebab penat to the max , aku memang tak larat langsung . masuk bilik, salin baju terus aku tidur .. 

then aku sedar bila kawan aku yang dua ekor tu datang bilik aku . si S'fa dengan Fain sibuk ajak aku lepak bilik diorang . aku cakap la aku malas bagai then aku bagi diorang pinjam laptop aku dengan syarat kau orang tak kacau aku tidur (sebab dalam lappy aku memang banyak gila movie . and tu ja yang buat diorang tak kacau aku ) . lepas tu aku sambung tidur balik and tersedar lepas Kak Byna (roommate) masuk bilik and rush kemas beg dia . sambil2 tu sempat dia bebel kat aku yang mamai nie pasal cik abang dia yang dok bising tunggu dia kat bawah .. errr.. untung lah ada cik abang ambik .. then , aku sambung balik tidur aku .. lepas tu ada lagi yang datang kacau aku tidur . si Rita aka kawan sekolah rendah aku dulu . aku memang plan nak balik jumaat pagi . then dia ada cakap pasal naik kereta dengan pakwe kawan dia sampai segamat lepas tu amik train . beza plan tu cuma kenderaan ke segamat dari muadzam ja .. 

dalam kol 8 malam baru aku bangun . aku kemas katil, aku tengok Kak Byna dah takde. bila dia keluar aku pun tak perasan . lepas tu aku pergi bilik kawan aku, S'fa dengan Fain tu . aku fikir diorang dok layan movie . rupa-rupanya masing-masing tengah tidur . di campur lagi dengan Hawa dengan Syida tumpang tidur bilik diorang sebab diorang terlock pintu bilik and dua2 tak bawak kunci . pastu borak2 kejap dengan diorang baru aku pergi mandi . time dah  nak siap tu dengar Rita dok jerit nama aku . nasib baik aku dah siap . aku keluar shower tengok dia dah siap pakai baju + jeans + tudung bagai . 


"wei , kau nak pergi mana ? slamber ja kau pakai jeans . senior tak bising" tanya aku dengan innocentnya .

" nak balik lah . wei.. kan aku dah cakap petang tadi . kita balik malam nie . naik kereta pakwe kawan aku yang Eja tu . "

"bila kau cakap . aku just dengar kau cakap naik kereta pakwe kawan kau . kau tak cakap pun balik malam nie . " 

" ada. aku ada cakap sekali tadi time kau ngah mamai2 tu . kau pun dah cakap hmm..hmmm.. aku pikir kau dengar . tu yang aku bla terus . dah2 cepat siap . dalam kol 10 pakwe dia sampai . "


aku tengok jam . ishk .. dah 9.30 .. bapak r .. dengan beg tak packing lagi  . then terus aku kemas2 apa yang patut . aku rasa yang tak patut pun aku humban masuk beg belakang aku dengan beg lappy yang tak berapa nak besar tu .. tepat pukul 9. 55 aku siap . terus pegi bilik S'fa dengan Fain melapor yang aku nak balik . kang membebel budak dua ekor tu . then terus jumpa Rita ngan Eja pastu terus turun PI . tengok pakwe si Eja tu datang sekali dengan kawan dia 2 orang . sekali tengok kereta dia bawak , la wira ja .. muat ke nak naik 6 orang nie .. argh ... lantak .. masing2 nekad ja balik malam tu ..sekali muat la weii ..

nak bagi tahu satu rahsia . aku sangat mudah suka tengok lelaki bawak kereta . maksud aku, aku suka tengok diorang punya style .macam yang drive malam tu tak silap aku orang panggil dia Ajak aka Razak. dia bawak laju gila bapak, tapi muka relax ja .. siap boleh berbual + texting bagai . padahal aku tengok meter tu dah cecah 160km/j .. then aku suka tengok posture diorang .. cara diorang pusing stereng tu, semua aku suka . kalau aku naik dengan abah aku pun , aku akan tengok cara dia handle stereng . serius aku nak belajar drive macam diorang sebab orang pompuan nie kalau dah pegang stereng gelabah tak tentu pasal . bawak serabut gila . 

balik pada cerita .. kitorang sampai segamat kol 10.50 .. 45 minit dari muadzam ke segamat .. see ? dah boleh agak berapa laju dia bawak . tapi disebabkan banyak jalan tutup semperna merdeka, berpusing2 la jugak kitorang kat bandar segamat tu .. yang Ajak pulak punya sengal dia cakap "nak main merry go round ?"  punya kitorang pikir dia nak bawak pergi funfair ke hapa . rupanya dia pusing kat roundabout tu banyak kali .. doh to the max . masuk kali ketiga dia sendiri surrender "dah..dah.. pening dok aku .." haha.. ngek .. then dia turun kan kitorang 4 orang termasuk pakwe Eja kat stesen keretapi . dia dengan kawan dia pun nak balik U diorang sebenarnya . lepas ber'bye2' sume, yang dua ekor tu pegi bali U diorang , kitorang pergi baazar teminal . masing2 dah lapar gila . pastu pergi merayap dengan beg bagai pergi kedai makan sebelah dataran . dataran masa tu memang sesak gila lah kan .. then lepas makan tu sempat la jugak sambut merdeka kat dataran tu ..

lepas tu terus pergi balik stesen keretapi .. dah makin ramai orang dah .. pukul 1 ja terus beli tiket . Eja dengan pakwe dia balik JB . aku dengan Rita balik kluang . kat tiket tengok masa depart pukul 2 .. owh .. banyak masa lagi .. sekali memang betul2 banyak masa .. nak dekat2 pukul 2 tu dia cakap train shuttle 61 delay . ok .. ingat delay 30 minit ke 1 jam sekali kena tunggu 2 jam .. pukul 4 la tu .. pergh .. memang angin ja masing2 .. Rita dengan Rja memang dah tak sanggup nak stay up terus tidur atas kerusi alas kepala dengan beg ja masing2 .. aku nak call abah aku cakap train delay, sekali tengok handphone punya bateri dah kosong .. dok keluar warning 'low battery' ... so aku pun sambung baca novel (memang wajib bawak kalau pergi jalan jauh) . tepat pukul 4 tengok train tak sampai2 lagi .. aku ingat naak tidur ja . baru nak lelap mata , train sampai .. memang siot gila lah kan .. naik train, amik mana2 seat terus aku tidur .. 

sedar2 ja dah sampai stesen paloh . then sambung tidur lagi .. sampai stesen kluang terus tersedar . then try on handphone . Alhamdulillah .. boleh pun .. terus mesej abah aku cakap dah kat kluang . then abah aku call .. nak confirmkan aku kat mana and turun kat mana . habis ja aku cakap dengan dia, terus mati phone aku .. memang jenis mati dah takley hidup lagi tu.. nak dekat sampai layang baru terpikir nak pinjam handphone Rita , call ibu aku cakap dah nak sampai .. sampai layang , Rita tunggu pakwe dia. ayah aku pun dah tunggu kat depan stesen . 

masuk rumah terus masuk bilik on lappy .. karang blog .. haha .. tadi berhenti jap .. dok berbual dengan ibu aku .. dia cakap abah aku dua kali pergi bandar kluang sebab aku tak sampai2 lagi .. pergi kluang 35 minit .. kalau pergi balik 70 minit .. darab dengan dua .. ishk ..ishk .. kesian abah aku .. dengar ibu aku cerita macam tu , serius aku serba salah .. tapi memang aku dah cakap dengan abah aku yang aku turun kat stesen layang . yang jauh dia hanya 2 minit perjalanan menaiki kereta tu .. tapi maybe sebab risau, tu yang pergi turun stesen besar tu .. sorry abah .. susahkan abah malam nie .. sementara ada waktu nie, aku nak ucapkan ....


SELAMAT MENYAMBUT 
MERDEKA RAYA !!!

MAAF ZAHIR & BATIN :D

Terima Kasih..Bye-yeom

How To Tell If Someone Is Lying ?

Assalamualaikum , 



 Alangkah bagusnya jika kita didunia ini , kita boleh mengesan mereka yang menipu kita hanya dengan memerhati pergerakan hidungnya sahaja macam cerita House tu .. dari cara seseorang itu bernafas pun dia boleh detect orang tu menipu . Secara jujurnya , aku memang tak boleh nak ajar korang sebetul-betulnya lah  kan , tapi aku jumpa beberapa tips untuk detect kalau seseorang itu menipu .

Do They Look Right ?


ok, right yang dimaksudkan kan sini bukan ' betul '. Maksud ayat ini adakah mereka bersikap normal. Maksudnya lagi, bila seseorang itu bercakap perkara yang sebenar dia akan membuat eye-contact dengan kita. Mereka2 yang menipu nie lebih cenderung untuk memandang ke arah kanan @ kiri . Senang cerita , dia nak elakkan eye-contact dengan kita . Bila dah macam tu, kadang2 kita akan rasa sendiri dalam hati "Macam gebang je dia nie ?"


Are They Anxious ?

Maksudnya, perhatikan si penipu . Mereka akan  mudah rasa cemas . Apabila seseorang itu menipu, cecair adrenaline akan dirembeskan dan menuju ke otak . Ini yang menyebabkan kita rasa nervous.

What Seperate You ?

Yang dimaksudkan disini ialah, apa yang mematikan perbualan korang . Selalunya selepas seseorang menipu, mereka akan ubah topik tiba2 .. Seboleh mungkin, dia akan buat korang ingat2 lupa apa yang diorang cakap tadi . So ini yang dimaksudkan dalam ayat diatas .

Are They Easily Upset ?

Satu lagi sikap orang menipu nie , diorang cepat terasa aka cepat merajuk/sedih . Even korang buat muka tak percaya .baru buat muka je , diorang perasaan , and diorang tarik muka juga . Kalau korang buat muka 18, dia tarik muka 36 . aaa~~ plus minus lebih kurang macam tu lah .. 

Are They Frozen Stiff ?

Maknanya adakah mereka nie keras kejung macam keropok segera yang jual dalam plastik paket2 tu .. hahah. ok mean, orang yang menipu nie pulak , akan berasa tak selesa dan berasa janggal . Sebab tu diorang lebih cenderung untuk bercakap tanpa atau dengan pergerakkan yang minima.


ok , murid-murid . Itu sahaja untuk kelas pada kali ini . sampai berjumpa lagi dimasa dan waktu yang akan datang . bye murid-murid . Assalamualaikum .

Terima Kasih..Bye-yeom

Kesian Robert Pattinson

Assalamualaikum , 

Rpatz.. marah dan kecewa...


jujur aku tak pandai nak buat karangan berita . so aku tulis berita nie macam aku tulis post2 aku yang lain . jadi apa yang kesiannya dengan Rpatz nie? ok , ramai yang tahu Rpatz (Robert Pattinson) dah berkapel dengan Kristen Stewart almost 3 tahun sejak vampire saga dulu .

Kristen selepas hubungan dengan Rupert kantoi .. 

 Lepas ja si Kristen kantoi curang dengan direktor dia sendiri, Rpatz memang frust (marah + kecewa + sedih + malu)  dan beliau nekad untuk pindah keluar dari rumah milik bersama yang dikongsi dengan si Kristen . 


pindah .. Rpatz keluar dari rumah 4Million £ yang dimiliki bersama Kristen di Los Angeles  ..


Selepas terbongkarnya hubungan Kristen dengan Rupert Sanders, ramai yang marah dan kecewa dengan dia termasuk Emma Clark, 25 die-hard-fans of Twilight . Emma telah meng'upload' video di Youtube yang ditujukan kepada Kristen dan telah menerima banyak hit dari penonton. Dia melahirkan kekecewaannya melalui video tersebut . Antara soalan yang diajukan kepada Kristen ialah :-


“How she can do this? Why would you cheat on Robert Pattinson?”


Emma dalam videonya di Youtube ...

aku pun pelik dengan si Kristen nie . apa tak cukup hensem ke si Robert Pattinson nie sampai Rupert yang ada anak 2 tu pun dia nak . ramai perempuan yang sanggup berbunuh nak dapatkan Rpatz tu .. tapi tak boleh nak buat apalah kan ? cinta punya pasal *kononnya* .. -______________-

Terima Kasih..Bye-yeom

Lagi Cerita Lady Gaga

Assalamualaikum ,  

tadi tengah dok2 layan FB tetibe status mak cik G masuk kat timeline aku . tak kenal ke ? mak cik yang kat bawah nie la ...

tak kenal jugak .. takpe2 .. nah :-

aku rasa dia sangat comel time nie .. :)

Seriously aku cakap aku tak minat dia, tapi aku suka lagu dia Just Dance .. even lagu lama tapi aku suka lagi2 part rap tu .. wuuu~~ daebak .. ok balik pada tajuk . yang pasal status si Gaga nie , katanya tak lama lagi dia akan debut sebagai pelakon dalam filem pertamanya Machete Kills . tengok bawah  nie , kalau tak percaya . and aku rasa movie nie akan dapat sambutan yang bomm ke de ba bomm !! dam dam tum, bunyi mercun .. la..la..la..la..la..la.. ok dah termasuk lagu raya pulak.. maap . :')


ce tengok berapa ramai yang like status tu ..




dan bila aku tengok barisan pelakonnya dengan poster2 dia , aku rasa better tak payah tengok sebab aku yakin cerita nie 18SX . So, kepada adik2 bawah umur, termasuk aku yang belum cukup umur nie . tak payah la tengok k ? TAK PAYAH !! even kau nie kipas-susah-nak-mati atau bahasa kampung aku cakap die-hard-fans pun, tak payah tengok . yang dah terlebih umur tu , ikut suka korang lah nak tengok ke tak nak . tak kan aku nak larang korang kan . itu sahaja berita bernama untuk hari ini. berita seterusnya jam **:** petang .. *main lagu latar* LOL XD


Assalamulaikum .. 

Terima Kasih..Bye-yeom

Aku Yakin , Itu Jodoh Aku

Assalamualaikum .. 


bwahaha.. pembuka bicara hari nie .. XD
setelah lama tak meng'up-date' , aku kembali dengan tajuk yang agak melampau aku rasa . hahahahak . mana boleh uolls , i baru 17 tahun , birthday yang ke 18 i belum lepas lagi . *ok ada kegedikan yang inginkan tumbukan di situ * 

ada yang tahu dan still ada yang masih tak tahu . aku sekarang dah sambung study .. *waaaaaaaaaa~~~ applause* bunyi macam pandai gila ja. ok aku sekarang tengah further study kat politeknik muadzam shah , pahang dan sekarang tengah mengarang post nie kat kamsis aka bilik aku . nasib aku agak baik la jugak , dapat satu bilik dua orang . ada satu lagi bilik tapi untuk 4 orang . aku lagi suka yang dua orang . lagi ramai , lagi banyak kepala, lagi haru jadinye . roomate aku senior tahu . dia sem 3 dah .. 

berbalik pada tajuk jodoh . jodoh yang aku maksudkan tak lain dan tak bukan ..... TADAAAA!!! 



nampak tak ? nampak tak ?  aishhh .. bukan mamat tu lah .. korang nie pun . cuba tengok buku yang dia pegang tu . tu lah jodoh aku .. TT__TT .. Arabic Language ..A.R.A.B.I.C !!  kenapa aku kena belajar benda nie balik ? kenapa ? kenapa ? why ? why ? whyyyyyy !!!!! * ok drama * 

masa aku form 1 ngan from 2 aku ada amik bahasa arab dulu . tapi memang dahsyat gila bagi aku and kebanggangan aku terselah disitu dengan lulus cuma sekali sepanjang 2 tahun aku belajar bahasa tu . then akhir form 2 aku dah nekad tak nak sambung untuk form 3 sebab nanti ia akan berterusan sampai ke SPM nanti ,so aku memberanikan diri bodek mak aku .



" ibu , orang tak nak amik arab la . susah gila . 2 tahun belajar sekali ja lulus . tu pun sebab niru tau ? *aku memang jujo giler ngan mak aku k ?* "

" tak yah ngada2 .. alang2 dah dua tahun belajar tu , teruskan ja sampai habis " jawab mak aku .



penat aku mengayat + merayu + membodek , mak aku tetap dengan keputusan dia . dan aku nekad nak tukar sekolah . serius adik2 jangan ikut stail nie. aku tukar sekolah dengan fly dari asrama (outing senyap2 . hukuman dia kalau tertangkap , kena buang asrama) dan disebabkan rumah aku terlalu jauh dari sekolah A tu . maka aku tukar ke sekolah B . seyes mak aku sedey + kecewa dengan aku . tapi aku bayar balik kekecewaan dia dengan score A in PMR . yeah baby . aku pun tak tahu kenapa , bila keluar ja dari hostel tu, result aku menaik dengan mendadak . ibarat Soyuz dilancarkan dengan membawa Dr. SMS ke ISS .. 


disebabkan aku pelajar Pelancongan dan Hospitaliti and aku amik Dip . Pengurusan Pelancongan , kitorang memang wajib belajar bahasa asing . dan semua budak course aku D.I.T.E.T.A.P.K.A.N untuk amik bahasa arab nie . masa daftar modul tu, serius aku macam nak terjun ja kat tasik depan Pusat Islam tu . aku cerita kat mak aku , dia boleh gelak gila2 . pastu dia cakap ......


" Memang jodoh kau kuat dengan bahasa arab tu . belajar ja la ." 


aku nie pulak memang jenis yang susah nak terima keadaan, so aku macam no way ! tak kan ! tak mungkin .! aku sekarang tengah usha poli2 yang ada jurusan aku dan dekat dengan rumah aku . satu kat shah alam , satu kat melaka and satu lagi kat johor . and ada jugak lagi 3 orang budak course aku pun memang plan nak mintak transfer. yang payah nya , sem 2 baru boleh ditukar , disertakan alasan yang kukuh untuk tukar . doa2 kan lah aku ya . AMIN ~~~ 






Terima Kasih..Bye-yeom

PLKN LIFE

Assalamualaikum ... 

hye hye hello .. as kebanyakkan korang tahu , cuti pelatih plkn start semalam . dan akan tamat hari ahad nie .. so nak cerita lah sikit life kat plkn .



first time jejak kaki kat Kem PLKN Sri Ledang tu .. pergh memang panas gila la kan. mau tak nyer, kem tu dikeliling gunung . tapi dah lama-lama korang akan biasa dengan kem tu . then, sampai ja terus pendaftaran dan penetapan kompeni . aku masuk Bravo . then pergi buat medical check up, tu bagi yang belum buat la.. macam aku tinggal check darah ja . pastu terus masuk dorm . makan tengah hari + solat . serius wa cakap , dia punya dewan makan nun jauh . sabar ja lah . lepas tu pergi logistik , amik baju kelas + baju loreng + baju PT (physical training) + 3 pasang kasut (kelas,  spike boot n kasut PT aka kasut sukan ) . hari jumaat tu dah start kelas . 

ok, tu yang berlaku pada hari pertama . sekarang rutin harian pulak . 

04.00 a.m => bangun pagi 
05.10 a.m => surau , solat subuh 
06.15 a.m => PT pagi (morning exercise)
07.30 am => Sarapan
08.00 a.m => Dorm layout (bersihkan dorm . cikgu akan check setiap pagi ) 
08.30 a.m => kumpul dekat dewan . perkongsian terbuka (public sharing)
09.00 a.m => kelas CB (character building )
10.30 am => minum pagi 
11.00 a.m => sambung kelas
12.30 p.m => makan tengah hari + solat 
01.30 p.m => rehat 
02.30 p.m => Kelas CB / Pertolongan Cemas / Tempur Tanpa Senjata / Kawad 
04.30 p.m => minum petang + solat
05.00 p.m => rehat (bergantung pada cikgu )
05.30 p.m => riadah (kecuali khamis , sabtu dan ahad < pentadbiran sendiri>)
06.30 p.m => makan malam + rehat 
07.15 p.m => solat maghrib + ceramah + solat isyak
08.45 p.m => bergantung pada cikgu (aktiviti x tentu . )
10.45 p.m => balik dorm
11.00 p.m => tutup lampu 


macam tu lah rutin harian kat sana . korang cuma boleh mandi masa maktu rehat tu ja lah . pergerakan ke dewan makan, dorm dan lain-lain dalam bentuk kawad . mean , korang kena berkawad ke mana sahaja dan dalam bentuk kumpulan sekurang-kurang nya 10 orang termasuk pengiring (si bagi komad) .sabtu dan ahad adalah waktu korang balas dendam tak cukup tidur korang . sabtu ahad pentadbiran sendiri . mean , buat kerja sendirik kat dorm . tak kisah la kau nak buat apa pun dalam dorm tu . makan, tidur, tengok tv , basuh baju dan lain-lain itu terserah pada korang . 

Tapi waktu sembahyang semua yang muslim kena ada dekat surau . tak kira lah korang uzur ke tak . MESTI kena ada kat surau . dan bila tiba waktu makan , semua kena turun dewan makan. tak peduli sama ada korang nak makan ke tak nak . even korang puasa hari tu pun korang kena pergi dewan makan . peraturan yang nie, sangat-sangat leceh dan yang paling aku tak suka . tu ja kot . 

semalam masa nak balik ada budak wira ada buat problem . so, sementara tu tuan komanden kitorang yang baik hati main kan kitorang lagu .. huahahahak . dia sangat sweet uolls .. LOL . aku suka gila tengok dia senyum . dia sangat sporting , tapi jangan buat dia marah . dia akan jadi sangat kejam+annoying+menyakitkan hati . so , bawah nie video dia nyanyi tuk wirawati . sebelum tu, sorry lah , video tak boleh rotate , aku tak tahu nak buat macam mana. 



Terima Kasih..Bye-yeom

I'm Ready For It

Assalamualaikum, 


seperti yang kebanyakan korang tahu . PLKN siri 9 kumpulan 2/2012 dah mula semalam dan akan berakhir esok . aku terpilih untuk kumpulan 2 nie . sejak minggu lepas, aku dengan berat hati aku mengemas semua barang2 yang tak patut aku bawak .. >.<

and tadaaaaa !!!

*hanger tak muat masuk beg *


oleh sebab cuma satu beg besar dan stu beg sandang yang dibenarkan , seriously memang susah gila la nak packing kan . so dengan sedikit kesabaran dan kretiviti . LOL . aku berjaya menyumbat menyusun semuanya dalam beg oren yang tak berapa nak besar tu . termasuk 2 kotak kasut dan gayung dan sabun basuh serta kelengkapan mandi . hebat tak ? hebat tak ? aku tahu aku hebat . ok tu memang mintak sepak . kalau tengok list aku memang macam mustahil la kan nak sumbat semua tu dalam dua beg saiz nie ja . tak percaya ? tengok : 

*abaikan kualiti gambar yang buruk tu *


oh yea . lupa pulak nak inform . untuk pemenang GA yang aku jadi sponsornya tu . mintak maaf sangat-sangat . aku tak boleh nak uruskan buat masa nie . so hadiah lambat lagi la sampai kat tangan korang . still , korang yang menang GA tu kena inform aku pasal korang punya nama , alamat , no tel dan korang nie pemenang dari GA yang mana . PM dekat Facebook aku . maaf yang teramat sangat . aku sebenarnya malas nak buat kerja banyak kali . plan nak post semua serentak tapi ada beberapa lagi yang tak bagi information korang kat aku . nanti bila aku cuti aku post kat korang . and maybe aku akan baik hati sikit untuk tambah lagi hadiah korang sebagai tanda maaf . :)

p/s: Goodbye to my friend . budak2 yang nak janji lawat aku kat sana jangan lupa pulak . lesen ada jangan nak simapan ja . bila lagi nak guna ? LOL .


Terima Kasih..Bye-yeom

P to the L to the K to the N ..

Assalamualaikum .. 

Sebelum ada yang menyumpah dan mengutuk aku, sini nak bagi taw .. Nie post aku meluahkan perasan . Kalau nak baca dipersilakan , kalau tak nak tak payah nak paksa diri . Tekan ja pangkah kat tab tu . Ok ? Deal . 



Seperti yang korang nampak kat pic atas nie, kompom-kompom lah aku terpilih untuk berkhidmat untuk negara nie kan ? YEAH ! ! Seronoknya  !! *ok yang tu tipu .. Seriously aku sangat-sangat berharap yang aku tak dapat . Sebab aku tak nak .. Even mereka- mereka yang sudah pergi kata best , aku tetap taknak . Bila aku tanya diorang apa yang best . Most of them akan cakap " Best taw .. Belajar berdikari , duduk dorm ramai-ramai . Dapat kawan baru " ...

Ok, seriously. Kalau tu lah jawapan korang . Memang kirim salam lah kan aku nak dapat kawan baru segala tu . Nak taw sebabnya , meh aku terangkan ..



1) Untuk berkawan, mesti mempunyai fikiran terbuka and friendly . Meh aku bagi taw . AKU SANGAT TIDAK MESRA DENGAN ORANG ASING ! senang nak faham kan ? so , jangan nak memujuk aku segala . seriously , aku kadang-kadang rasa awkward even dengan adik-beradik sendiri . Dahsyat kan ?






2) Aku seorang yang moody . Kalau mood aku baik, aku akan senyum dan ketawa sepanjang hari dan vise versa . Selalunya orang akan bersenyum dan buat muka baik kat tempat baru kan , supaya dia dapat ramai kawan dll. Tapi, aku tak kan tunjuk muka budak baik kat tempat baru . Lagi2 tempat yang aku terpaksa pergi . Tak percaya tanya kawan aku , macam mana muka aku masa baru pindah sekolah Dato' tu .


3) Aku takkan rapat dengan orang yang salah tafsir aku . Kalau lah masa first time ja kau jumpa aku, kau dah cakap aku sombong berlagak segala dll . So aku akan jadi sombong dan berlagak , tapi hanya dengan kau yang cakap aku macam tu . Dan aku akan terus macam tu, selagi kau tak approch aku dulu . Aku pernah buat macam nie kan kawan kelas aku Ok. 
4) Aku sangat sensitif dan mudah terasa . So kalau kau tak puas hati dengan aku , meh sini cakap depan - depan . Tak payah nak jadi macam mak Jemah dengan mak Bedah ngumpat time sidai kain . Once kau buat macam tu, memang kirim salam la kan aku nak ber'friendly'2 dengan kau . 



5) Aku pendendam . Kau buat jahat dengan aku ? Aku tak kisah . Aku akan balas , tapi aku akan pastikan kau tak sedar pun yang aku tengah balas kejahatan kau tu . *evil laugh*




6) Belajar berdikari ? Derr, aku dah cukup besar nak jaga diri aku sendiri . Aku pernah duduk hostel , at the end , aku lari . Sebab aku SANGAT tidak suka hidup berperaturan . Orang kata hidup berperaturan itu memudahkan . Aku hidup kat rumah aku , dengan peraturan aku , Alhamdulillah aku sihat , takde lari rumah ikut boypren segala . Hidup Aku, Peraturan Aku ! 



7) PLKN banyak men'spoil'kan plan aku untuk awal tahun nie ! Semuanya kena tangguh sampai aku habis PLKN . 


Tu ja lah kott ~~ hahak banyak gila kan ? Tapi , walau banyak mana pun aku merungut .. Aku terpaksa pergi jugak . And aku harap ia tidak seperti yang aku bayangkan . And sistem automatic yang dah ada dekat kebanyakkan tempat dalam dunia nie ada kat sana . Sistem Budak Popular Diutamakan . Sebagai yang moderate macam aku nih, aku sangat berharap tak dibebankan dengan tugas mengarut dan pelik . Dan aku harap siapa pun yang satu company dengan aku tak menyusahkan aku . So, kepada bakal wirawati di PLKN Sri Ledang, Tangkak , Johor . Jumpa bulan 5 nanti . XD


Terima Kasih..Bye-yeom

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd

Assalamualaikum ,
dengan lafaz bismillah .. aku join GA nie . dengan harapan memenangi first prize *hukhuk demand ..




tag :


Terima Kasih..Bye-yeom

Dennis Kane .. Awww~~

Assalamualaikum ,




hari nie aku nak berlagak sikit , nak membangga diri dengan anak lelaki aku nih . 

Chinese name: Dennis Kane
English name : Kane Dennis
Korean name : 케인 데니스 

Date of Birth : 06.02. 2007
Height : 105 cm ( constantly growing ... )
Weight : 15 kg ( constantly growing ... )
Nationality : South Korea
Home Adress : south Korea - Gyeonggi - Bucheon
Nickname : Little D , DD , Kane , Small Kane
Family member : father, mother, himself
Occupation : Fashion Model
Special Consideration : Korean Mother . Father was born in Australia deversification baby

hihik .. perasannya aku . trololololol ..  Jadi, seperti yang di atas , budak hensem dan comel ni namanya Dennis Kane . Seorang model kanak-kanak yang sangat popular di Korea , Taiwan dan China . Beliau menjadi model untuk bebrapa syarikat peragaan popular . Kalau korang search nama dia kat FB , korang akan jumpa banyak fanpage dia . Walaupun baru berumur 5 tahun , dia sudah mempunyai lebih 10 ribu orang peminat .  

Aku jumpa pic dia dalam satu page kat Fb dan sejak itu aku mula cari pasal budak ni . First time aku nampak dia aku fikir dia ni Moon Mavin atau Moon Mason (juga adik - beradik popular korea termasuk Moon Maden) . Rupanya salah .. trolololol .. tak kisah la, aku dah tau pasal dia sekarang .. kat bawah nie aku letak beberapa pic bonus untuk korang - korang review dan nilai berapa comelnya dia .. LOL XD




    

extra .. The Moon Brothers >.<







Terima Kasih..Bye-yeom

Hati - Hati Dengan Barangan Kosmetik Korang

Assalamualaikum , 

*gambar sekadar hiasan*

tadi aku godeh godeh sikit kat google . adalah something yang aku cari kan ? then, aku jumpa satu website nie . sesetengah daripada kita terutamanya perempuan , sangat mementingkan kecantikan . dok calit sana, calik sini . lukis sana, lukis sini sebab nak cantik punya pasal . tapi pernah tak korang check sama ada product yang korang guna tu halal atau tak ? Hah ? check tak ? tak ramai kan ?

website yang aku jumpa tu ada melistkan banyak jenama produk kecantikan dari pada yang paling common korang pernah jumpa sampai lah yang international punya . ada yang tak kisah langsung dengan benda nie . bukan nak cakap aku baik sangat .. dan kalau dah tahu pun tak salah nak share share untuk semua kan . kat bawah nie ada jadual untuk korang check sendirik sama ada produk yang korang guna tu halal ke tak .. aku guna Garnier . yang ada kak Lisa Surihani tu . LOL XD


CategoryNameBrandDescription
CosmeticAll Skin care ProductsGarnierNo pork fat and no beef fat are used in all Garnier skin care products
CosmeticAll Skin Care Facial ProductsOlayOil of Olay skin care products are made with pork fat(December 2010)
CosmeticAll Skin Care Facial ProductsOil of OlayOil of Olay skin care products are made with pork fat(December 2010)
CosmeticNail Polish RemoverRevolonThe nail poish remover contains alcohol.
CosmeticFace CreamNiveaNo pork or beef fat is used. It may contain Lanolin from sheep fat(Halal), bees wax(Halal) and marine collagen(Halal). No information on alcohol .
CosmeticAll ProductsVichyNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsShuuemura Art of hairNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsSoft Sheen-CarsonNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsSkinceuticalsNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsReddkernNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsRalph LaurenNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsPureology,No pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsLoreal ProfessionelNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsLoreal TechniqueNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsMizaniNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsMartrixNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsLoreal Paris HairNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsLogicsNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsLancomeNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsLa Roche PosayNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll ProductsKiehl'sNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll Makeup productsKerastaseNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll Makeup productsGiorgio ArmaniNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll Makeup productsDiesel Fragrance,No pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll Makeup productsDerma BlendNo pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll Makeup productsBiotherm,No pork fat and no beef fat are used. But if it conatins Cochineal color then it is not Halal. Please look for Cochineal red color(2010)
CosmeticAll Makeup productsMACNo Pork fat is used in all MAC makeup products(December 2010, Ref. number 526005). . Look for cochineal, if present then it is not Halal.
CosmeticAll Makeup ProductsNiveaNo Pork Fat is used in all Nivea makeup products(December 2010). . Look for cochineal, if present then it is not Halal.
CosmeticAll Makeup ProductBody ShopNo animal derived ingredients are used according to Ethel 5058(December 2010), . Look for cochineal, if present then it is not Halal.
CosmeticMakeup ProductsNeutrogenaPork fat is used in some Neutrogena Makeup products(December 2010
CosmeticAll Makeup ProductsMaybellineNo pork fat and no beef fat are used in all Maybelline makeup products(December 2010). . Look for cochineal, if present then it is not Halal.
CosmeticAll Makeup ProductsL'OrealNo pork fat, No beef fat are used in L'Oreal makeup products(December 2010). Look for cochineal, if present then it is not Halal.
CosmeticMakeup ProductsAvonSome products are made with pork fat and some products are Kosher(December 2010).
CosmeticAll Makeup ProductsVictoria SecretVictoria Secret brand of makeup are not made with pork or beef or any animal derived ingredients. No information on alcohol December 2010
CosmeticAll Makeup ProductsRevlonRevlon makeup products are not made with pork ingredients and there is no information about presence or absence of alcohol. 230471
CosmeticAll Makeup ProductsAlmayAlmay makeup products are not made with pork ingredients and there is no information about presence or absence of alcohol, R.No 2370471
CosmeticAll Makeup productsCover GirlMakeup products are made with pork fat or beef fat or vegetable fat. No guarantee for free of pork fat. R.No.06766738
CosmeticMakeup and Horse hair brushesE.L.FThey do not use any animal derived ingredients in their makeup products, they also use synthetic ingredients. Look for cochineal.
CosmeticMakeup ProductsRevlonAll makeup products except Nail Polish Remover are free from animal derived ingredients.( 2010), look for cochineal, if there then not Halal
CosmeticLipstick and other cosmetic products except OIL FREE MAKE UPJaneAll cosmetic products from Jane Cosmetic do not contain animal derived ingredients except Oil Free makeup, look fpr cochineal
CosmeticOil Free Make UpJaneJane Cosmetic?s Oil Free make up is not Halal because it contains animal fat based Stearic Acid.
CosmeticAll Cosmetic ProductsCosmeticGabriel Cosmetic Company is based in Bellevue WA1-800-497-6419). According to the company e-mails their product are vegan and they do not use any alcohol based or animal derived ingredients in their cosmetic products.
CosmeticCosmetic ProductsGourmet RoseThe Gourmet Rose Cosmetic company is located at Sedro Woolley, WA. Cosmetic products are sold on EBay. According to their e-mails, they are a vegan company. The cosmetic products are not made from animal based.
CosmeticPencil liners, Lipstick, Mascara, Cosmetic BrushesAfterglowThe products are made without alcohol and without animal derived ingredients.Look for cochineal if present then it is not Halal
CosmeticAll Makeup ProductsAmerican BeautyNo animal derived ingredients are used(December 2010) Reference No. 525853 Look for Cochineal, if there then it is not Halal
CosmeticAll Makeup ProductsEtude House USANo animal derived ingredients are used(December 2010). Look for Cochineal, if it is there then it will not be Halal because Insects are Haram


website nie bukan ja senaraikan produk kecantikkan . pasal makanan , bahan-bahan yang digunakan dalam makanan dan barang lain . ex : sabun dll . nak tahu lebih lanjut, korang boleh check sendirik dekat Muslim Consumer Group . 



Terima Kasih..Bye-yeom