PLKN LIFE

Assalamualaikum ... 

hye hye hello .. as kebanyakkan korang tahu , cuti pelatih plkn start semalam . dan akan tamat hari ahad nie .. so nak cerita lah sikit life kat plkn .



first time jejak kaki kat Kem PLKN Sri Ledang tu .. pergh memang panas gila la kan. mau tak nyer, kem tu dikeliling gunung . tapi dah lama-lama korang akan biasa dengan kem tu . then, sampai ja terus pendaftaran dan penetapan kompeni . aku masuk Bravo . then pergi buat medical check up, tu bagi yang belum buat la.. macam aku tinggal check darah ja . pastu terus masuk dorm . makan tengah hari + solat . serius wa cakap , dia punya dewan makan nun jauh . sabar ja lah . lepas tu pergi logistik , amik baju kelas + baju loreng + baju PT (physical training) + 3 pasang kasut (kelas,  spike boot n kasut PT aka kasut sukan ) . hari jumaat tu dah start kelas . 

ok, tu yang berlaku pada hari pertama . sekarang rutin harian pulak . 

04.00 a.m => bangun pagi 
05.10 a.m => surau , solat subuh 
06.15 a.m => PT pagi (morning exercise)
07.30 am => Sarapan
08.00 a.m => Dorm layout (bersihkan dorm . cikgu akan check setiap pagi ) 
08.30 a.m => kumpul dekat dewan . perkongsian terbuka (public sharing)
09.00 a.m => kelas CB (character building )
10.30 am => minum pagi 
11.00 a.m => sambung kelas
12.30 p.m => makan tengah hari + solat 
01.30 p.m => rehat 
02.30 p.m => Kelas CB / Pertolongan Cemas / Tempur Tanpa Senjata / Kawad 
04.30 p.m => minum petang + solat
05.00 p.m => rehat (bergantung pada cikgu )
05.30 p.m => riadah (kecuali khamis , sabtu dan ahad < pentadbiran sendiri>)
06.30 p.m => makan malam + rehat 
07.15 p.m => solat maghrib + ceramah + solat isyak
08.45 p.m => bergantung pada cikgu (aktiviti x tentu . )
10.45 p.m => balik dorm
11.00 p.m => tutup lampu 


macam tu lah rutin harian kat sana . korang cuma boleh mandi masa maktu rehat tu ja lah . pergerakan ke dewan makan, dorm dan lain-lain dalam bentuk kawad . mean , korang kena berkawad ke mana sahaja dan dalam bentuk kumpulan sekurang-kurang nya 10 orang termasuk pengiring (si bagi komad) .sabtu dan ahad adalah waktu korang balas dendam tak cukup tidur korang . sabtu ahad pentadbiran sendiri . mean , buat kerja sendirik kat dorm . tak kisah la kau nak buat apa pun dalam dorm tu . makan, tidur, tengok tv , basuh baju dan lain-lain itu terserah pada korang . 

Tapi waktu sembahyang semua yang muslim kena ada dekat surau . tak kira lah korang uzur ke tak . MESTI kena ada kat surau . dan bila tiba waktu makan , semua kena turun dewan makan. tak peduli sama ada korang nak makan ke tak nak . even korang puasa hari tu pun korang kena pergi dewan makan . peraturan yang nie, sangat-sangat leceh dan yang paling aku tak suka . tu ja kot . 

semalam masa nak balik ada budak wira ada buat problem . so, sementara tu tuan komanden kitorang yang baik hati main kan kitorang lagu .. huahahahak . dia sangat sweet uolls .. LOL . aku suka gila tengok dia senyum . dia sangat sporting , tapi jangan buat dia marah . dia akan jadi sangat kejam+annoying+menyakitkan hati . so , bawah nie video dia nyanyi tuk wirawati . sebelum tu, sorry lah , video tak boleh rotate , aku tak tahu nak buat macam mana. 

video


Terima Kasih..Bye-yeom

I'm Ready For It

Assalamualaikum, 


seperti yang kebanyakan korang tahu . PLKN siri 9 kumpulan 2/2012 dah mula semalam dan akan berakhir esok . aku terpilih untuk kumpulan 2 nie . sejak minggu lepas, aku dengan berat hati aku mengemas semua barang2 yang tak patut aku bawak .. >.<

and tadaaaaa !!!

*hanger tak muat masuk beg *


oleh sebab cuma satu beg besar dan stu beg sandang yang dibenarkan , seriously memang susah gila la nak packing kan . so dengan sedikit kesabaran dan kretiviti . LOL . aku berjaya menyumbat menyusun semuanya dalam beg oren yang tak berapa nak besar tu . termasuk 2 kotak kasut dan gayung dan sabun basuh serta kelengkapan mandi . hebat tak ? hebat tak ? aku tahu aku hebat . ok tu memang mintak sepak . kalau tengok list aku memang macam mustahil la kan nak sumbat semua tu dalam dua beg saiz nie ja . tak percaya ? tengok : 

*abaikan kualiti gambar yang buruk tu *


oh yea . lupa pulak nak inform . untuk pemenang GA yang aku jadi sponsornya tu . mintak maaf sangat-sangat . aku tak boleh nak uruskan buat masa nie . so hadiah lambat lagi la sampai kat tangan korang . still , korang yang menang GA tu kena inform aku pasal korang punya nama , alamat , no tel dan korang nie pemenang dari GA yang mana . PM dekat Facebook aku . maaf yang teramat sangat . aku sebenarnya malas nak buat kerja banyak kali . plan nak post semua serentak tapi ada beberapa lagi yang tak bagi information korang kat aku . nanti bila aku cuti aku post kat korang . and maybe aku akan baik hati sikit untuk tambah lagi hadiah korang sebagai tanda maaf . :)

p/s: Goodbye to my friend . budak2 yang nak janji lawat aku kat sana jangan lupa pulak . lesen ada jangan nak simapan ja . bila lagi nak guna ? LOL .


Terima Kasih..Bye-yeom