Alangkah bagusnya jika kita didunia ini , kita boleh mengesan mereka yang menipu kita hanya dengan memerhati pergerakan hidungnya sahaja macam cerita House tu .. dari cara seseorang itu bernafas pun dia boleh detect orang tu menipu . Secara jujurnya , aku memang tak boleh nak ajar korang sebetul-betulnya lah kan , tapi aku jumpa beberapa tips untuk detect kalau seseorang itu menipu .
Do They Look Right ?
ok, right yang dimaksudkan kan sini bukan ' betul '. Maksud ayat ini adakah mereka bersikap normal. Maksudnya lagi, bila seseorang itu bercakap perkara yang sebenar dia akan membuat eye-contact dengan kita. Mereka2 yang menipu nie lebih cenderung untuk memandang ke arah kanan @ kiri . Senang cerita , dia nak elakkan eye-contact dengan kita . Bila dah macam tu, kadang2 kita akan rasa sendiri dalam hati "Macam gebang je dia nie ?"
Are They Anxious ?
Maksudnya, perhatikan si penipu . Mereka akan mudah rasa cemas . Apabila seseorang itu menipu, cecair adrenaline akan dirembeskan dan menuju ke otak . Ini yang menyebabkan kita rasa nervous.
What Seperate You ?
Yang dimaksudkan disini ialah, apa yang mematikan perbualan korang . Selalunya selepas seseorang menipu, mereka akan ubah topik tiba2 .. Seboleh mungkin, dia akan buat korang ingat2 lupa apa yang diorang cakap tadi . So ini yang dimaksudkan dalam ayat diatas .
Are They Easily Upset ?
Satu lagi sikap orang menipu nie , diorang cepat terasa aka cepat merajuk/sedih . Even korang buat muka tak percaya .baru buat muka je , diorang perasaan , and diorang tarik muka juga . Kalau korang buat muka 18, dia tarik muka 36 . aaa~~ plus minus lebih kurang macam tu lah ..
Are They Frozen Stiff ?
Maknanya adakah mereka nie keras kejung macam keropok segera yang jual dalam plastik paket2 tu .. hahah. ok mean, orang yang menipu nie pulak , akan berasa tak selesa dan berasa janggal . Sebab tu diorang lebih cenderung untuk bercakap tanpa atau dengan pergerakkan yang minima.
ok , murid-murid . Itu sahaja untuk kelas pada kali ini . sampai berjumpa lagi dimasa dan waktu yang akan datang . bye murid-murid . Assalamualaikum .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan