Kang aku picit kuat-kuat, mati pulak ! Tu sebab kau ......

Assalamualaikum , 
tittle membunuh betul, boleh bawa mati tu . apa yang mati ? keep reading ! keep reading ! 



dalam post ni sebenarnya aku nak cerita pasal kucing aku . sebagai pencinta kucing , *cewah aku tak boleh bayangkan rumah aku tanpa kucing . ok , dulu adalah sekali mak aku geram dengan kucing-kucing aku , dia bagi kat kawan dia . 5 ekor kalau tak silap . tinggal dua ekor ja dekat rumah . 

mana tahan aku kalau ada dua ekor ja dekat rumah . so, aku dengan adik-beradik aku start bawa balik kucing . adik aku yang last paling rajin . anak kucing dari sekolah pagi dia bawa balik, dari sekolah agama pun dia bawa balik . so sekarang ada 5 ekor dekat rumah . 


Orka yang tua . Dia nie jahat , dia try makan anak si Olen . 4 ekor mati sebab dia . Tapi bila dia hilang dulu, risau la jugak . Nasib baik jumpa balik . Dia nie suka ambil gambar . Once aku focus kamera depan dia , terus diam kaku cam posing . Siap pandang kamera lagi . Aku suka mata dia . Macam pakai eyeliner . >.<



ini Ori . Favourite dalam rumah aku .dulu dia hilang sehari . meroyan cari sampai ke kampung dengan taman perumahan dekat dengan rumah aku . rupanya merayap pergi klinik belakang rumah . Dia suka naik kereta . buka ja pintu kereta terus lompat masuk. 



Ini la si Olen . yang nie betina . Mak aku amik jauh nun di Rengam sana . Masa tengah makan kat kedai favourite aku ngan geng dulu . Penakut sikit naik kereta . Sekarang dia tengah bunting lagi . Tinggal tunggu hari aku rasa . Mintak-mintak anak dia comel dia . *abaikan pic kabur tu .



Next one, Oreo . Paling kecik, paling muda . Jantan juga . Masa baru-baru masuk rumah aku, dia asyik nak gaduh dengan Ori dengan Olen . Sekarang nie dah tak boleh pisah . Dia suka main dengan bunga mangga dengan tali . Dia pandai urut orang . Tapi belum pandai sembunyi kuku . sakit badan kalau dia urut . 


Last sekali, makcik nie ha. Oken .. Dia nie pun kucing datang . Dah la menumpang kencing berak sesepah . Memang kena tibai la kan dengan mak aku . Tapi takde la kuat mana , sebab dia pun bunting juga . Tibai pun tak jalan, asyik datang balik . Last-last amik juga . antara 5 nie, mana yang korang paling suka ?

Aku sebenarnya takde cerita nak buat post . So kucing aku jadi model tak bergaji aku untuk ditempek kat sini . Depa nie lah bendalah yang aku nak picit kuat-kuat tapi tak boleh tu . 

Terima Kasih..Bye-yeom

2 ulasan:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

wah.. best ke pelihara kucing ek.. seumur hidup ak xpernah lagi bela kucing.. arnab pernah la :)

ayasama berkata...

ad yang best ada yang tak ..

bestnya bela, diorang comel, boleh buat main , n kelakar ...

tak bestnya bila dia sepahkan barang dengan nak kemas berak kencing dia .. kucing tak lahir dengan toilet training, kena train sendirik dari kecik ..mmg ssh , tapi lama2 dia paham .. kucing 'datang' yang leceh . kena usaha lebih sikit ..

nasihat, better jgn bela kucing dengan arnab serentak . tak semua kucing ngan arnab boleh get along . ^^