PENGKAJI BINTANG TERKEJUT JUMPA GADIS DALAM PLASTIK SAMPAH

Assalamualaikum ,




Seorang pengkaji bintang di Korea Selatan terkejut apabila beliau menemukan seorang gadis di dalam plastik sampah yang diletakkan dihadapan rumahnya . Beliau yang ketika itu ingin keluar terkejut apabila plastik sampah hitam itu bergerak secara tiba-tiba . Beliau kemudiannya mendekati dan membuka plastik itu dan seorang gadis yang sedang pengsan dan comot ditemukan di dalamnya ..Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk menjaga dan merawatnya dan mulai hari itu, gadis itu tinggal bersama dirumahnya .

Serius ja kan bunyinya . Sebenarnya itu intro music video (MV) dari kumpulan Davichi . hehe.. sorry..sorry .. MV nie tajuknya "Don't Say Goodbye" . Lagu nie dah lama la jugak . Aku pernah dengar tapi tak tahu tajuk then lupa sampai semalam . Sampai semalam ja ? kompomlah , aku dah jumpa tajuknya takkan lupa lagi, ya dak ? MV nie sangat-sangat sedih, sebab dekat last MV tu laki si pengkaji bintang tu ...................... Ok aku tak nak cakap . Nak tahu apa jadi last sekali, korang kenalah tengok MV nih . >.<





Terima Kasih..Bye-yeom

PERBEZAAN ANTARA ASASI, MATRIK DAN DIPLOMA

Assalamualaikum ,
hye geng . (^.^) V

 Yuriy Fedkovych Chernivtsi National University

Post kali nie, aku nak kongsi sikit ilmu yang aku jumpa . Mungkin boleh membantu lepasan-lepasan SPM 2011 macam aku . Maybe ada yang tanya apa beza Asasi, Matrik dengan Diploma . Ok seriusly, aku pun baru tahu . Masa searching kat web-web kerajaan , penerangan dia agak berbelit agak susah untuk aku faham dan kebanyakkannya dalam BI . Then aku jumpa satu blog akak nie yang menerangkan beza antara tiga nih . 


Asasi==>ape itu a to the s to the a to the s to the i??? asasi tue lebih kurang macam matrik la.. cuma,, asasi nie under universiti.. matrik lak under kementerian.. pastu kan,, pada aku,, asasi uia macam tak best je.. sebab 2 tahun.. aku penah sembang ngan sorang kakak kawan aku.. dia asasi uia and dia akan abis study mase umur 24 tahun.. lama kan??? pastu,, kakak nie cakap asasi uia nie macam wasting time.. 2 tahun tuk asasi je??? belajar benda basic je.. macam no porpuse and sangat wasting time.. bebudak u lain da ade degree umur 22 23 lagi,, tapi,, dorang kena tunggu umo 24.. alooo.. sian.. pada aku pun macam wasting time.. ape barang stdy sampai tua.. umur 24 tue,, orang lain sibuk cari barang hantaran kot.. hohoho.. ok.. budak uia,, sile jangan benci kat aku.. nie opinion okeh.. maybe aku salah.. asasi tempat lain okeh aku ase.. contohnya macam kat upm,, uitm,, sebab cuma setahun je.. and beza yang paling obvious antara asasi and matrik adalah,, asasi nie,, korung da menjurus kepada ape yang bakal korang amik masa degree nanti.. means student asasi da ade specific kos yang dorang akan amik time degree nanti..


Matrik==>aku dulu matrik gopeng,, perak.. ok.. my life ruin ok duk sana.. waaaa stress nak mati.. actually,, aku dulu memang taknak masuk matrik.. tapi da bodoh piang kan,,uitm pun tak sudi terima aku.. stress okeh mase result upu kuar sebab aku tak dapat sambung dip.. meleleh segala air yang ade.. mungkin ade hikmah kan,, aku ditakdirkan masuk matrik and bertemu sahabat sehati sejiwa eh tak tak tak.. bukan sehati sejiwa tapi sahabat sejati aku kat sana.. aku tak leh sehati sejiwa ngan dia sebab selalu je gado.. kalau aku sehati sejiwa ngan dia,, sepatutnya sekarang nie aku bertudung labuh.. huhuhu.. panggggg.. sile jangan out of the topic ye irnie safran.. ermmm setahu aku,, matrik ade 2,, pst and pdt.. pst tu,, program satu tahun and pdt tue program dua tahun.. yang dapat spm 4a ke bawah asenya dapat pdt.. ermmm matrik nie cuma platform tuk korang terus sambung degree tanpa amik diploma.. pada aku,, kalau dapat matrik setahun ok la.. kalau matrik 2 tahun,, sama la macam asasi tadi.. buang masa.. pastu,, tuk budak pdt,, masa 1 year kat matrik,, belajar benda basic je.. macam takde faedahnya pun.. ilmu masa 1 year kat matrik tu,, tak la membantu pun masa 2nd year.. 1 year pdt nie lebih kepada macam mane dorang nak adapt dengan environment kat matrik.. pastu,, matrik terbahagi lagi pada 2.. matrik under kementerian and matrik under mara.. kalau under mara,, korang hidup macam budak duduk kat hostel.. makanan is provided and ade time prep,, semayang kena pegi surau jemaah.



Diploma==>diploma nie macam besa la 3 tahun.. tak tau nape aku nak sangat masuk diploma dulu.. maybe sebab aku da aim kos ape aku nak amik sampai degree and tuk keja nanti.. tapi,, sekali lagi aku ulang,, disebabkan aku bodoh piang,, uitm tak terima aku.. gile ahhh.. sombong betui uitm dengan aku kan.. bukannya aku mintak medic pun.. citttt.. hahaha.. diploma nie mcam asasi tadi.. dorang akan amik kos yang specific and menjurus kepada ape yang dorang akan study tuk degree nanti.. pastu,, sijil diploma adalah bernilai okeh.. sijil asasi and matrik,, tak adelah maknenya.. so,, toksah bangga la masuk matrik masuk asasi.. lagi satu kalau nak amik dip,, aku ase uitm je better sebab,, bila korang sambung degree lak,, sekejap je.. korang akan abis belajat sama umur dengan bebudak matrik.. tapi kalau korang amik diploma kat upm,, pastu sambung degree dalam kos yang sama,, ha,, umur 25 26 la korang abis stdy.. u lain aku tak sure lak..


That's all .. Harap membantu korang-korang yang nak mohon untuk sambung belajar . Kalau korang tak tahu lagi course apa yang sesuai dengan result korang, boleh check dekat sini http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm

Kredit untuk MIsz Irnie


Terima Kasih..Bye-yeom

KANAK-KANAK 9 TAHUN YANG ALERGI PADA MAKANAN

Assalamualaikum, 

Joshua, 9 merupakan seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit alergi kepada hampir semua jenis makanan (Eosinophilic Esophagitis) . Namakan sahaja apa sahaja jenis makanan Pizza, Hotdog dan lain-lain, dia tidak boleh makan mahupun menghidunya .

Joshua mendapatkan semua nutriennya berdasarkan nasihat doktornya, dan terpaksa makan melalui tiub diperutnya . Disebabkan penyakitnya, Joshua belajar dirumah oleh ibunya sendiri dan terpaksa hidup dengan sangat berhati-hati .

Cara dan Brant, penjaganya menceritakan apakah aktiviti seharian yang dilalui oleh seorang budak yang tidak boleh makan .

"Tidak pernah walaupun seketika, saya tidak risau akan keaadaannya ,"ujar Cara.Ini kerana, jika Joshua makan makanan yang dia mempunyai alahan dengannya . Joshua akan mengalami kesakitan dan juga berkemungkinan untuk mati .
 Maaflah video tak dapat diupload . Kalau nak boleh pergi ke sini  . XD

Terima Kasih..Bye-yeom

Kang aku picit kuat-kuat, mati pulak ! Tu sebab kau ......

Assalamualaikum , 
tittle membunuh betul, boleh bawa mati tu . apa yang mati ? keep reading ! keep reading ! 



dalam post ni sebenarnya aku nak cerita pasal kucing aku . sebagai pencinta kucing , *cewah aku tak boleh bayangkan rumah aku tanpa kucing . ok , dulu adalah sekali mak aku geram dengan kucing-kucing aku , dia bagi kat kawan dia . 5 ekor kalau tak silap . tinggal dua ekor ja dekat rumah . 

mana tahan aku kalau ada dua ekor ja dekat rumah . so, aku dengan adik-beradik aku start bawa balik kucing . adik aku yang last paling rajin . anak kucing dari sekolah pagi dia bawa balik, dari sekolah agama pun dia bawa balik . so sekarang ada 5 ekor dekat rumah . 


Orka yang tua . Dia nie jahat , dia try makan anak si Olen . 4 ekor mati sebab dia . Tapi bila dia hilang dulu, risau la jugak . Nasib baik jumpa balik . Dia nie suka ambil gambar . Once aku focus kamera depan dia , terus diam kaku cam posing . Siap pandang kamera lagi . Aku suka mata dia . Macam pakai eyeliner . >.<



ini Ori . Favourite dalam rumah aku .dulu dia hilang sehari . meroyan cari sampai ke kampung dengan taman perumahan dekat dengan rumah aku . rupanya merayap pergi klinik belakang rumah . Dia suka naik kereta . buka ja pintu kereta terus lompat masuk. 



Ini la si Olen . yang nie betina . Mak aku amik jauh nun di Rengam sana . Masa tengah makan kat kedai favourite aku ngan geng dulu . Penakut sikit naik kereta . Sekarang dia tengah bunting lagi . Tinggal tunggu hari aku rasa . Mintak-mintak anak dia comel dia . *abaikan pic kabur tu .



Next one, Oreo . Paling kecik, paling muda . Jantan juga . Masa baru-baru masuk rumah aku, dia asyik nak gaduh dengan Ori dengan Olen . Sekarang nie dah tak boleh pisah . Dia suka main dengan bunga mangga dengan tali . Dia pandai urut orang . Tapi belum pandai sembunyi kuku . sakit badan kalau dia urut . 


Last sekali, makcik nie ha. Oken .. Dia nie pun kucing datang . Dah la menumpang kencing berak sesepah . Memang kena tibai la kan dengan mak aku . Tapi takde la kuat mana , sebab dia pun bunting juga . Tibai pun tak jalan, asyik datang balik . Last-last amik juga . antara 5 nie, mana yang korang paling suka ?

Aku sebenarnya takde cerita nak buat post . So kucing aku jadi model tak bergaji aku untuk ditempek kat sini . Depa nie lah bendalah yang aku nak picit kuat-kuat tapi tak boleh tu . 

Terima Kasih..Bye-yeom

MegaGiveAway by Penmerah.com

Assalamualaikum , 

Lepas balik dari kampung semalam terus aku buka lappy and buat sikit blogwalking . Line kat kampung aku macam apa . Lembab gila . Nasib laa~~ Nama pun line free . So then aku jumpa GA dari blog penmerah.com . Blog nie selalu la juga buat GA and hadiah dia memang gempak-gempak . Entah bila aku dapat buat GA macam tu .





Tag :

Kalau korang2 nak join klikja barner tu . Tu ja . Bye-yeom . ^^


Terima Kasih..Bye-yeom

1st Giveaway by Mizs Azney @ Azney Cute Craft

Assalamualaikum .

Haha .. see i told you . Ada lagi satu GA yang aku jumpa . Yang nie dari blog Mizs Azney . 



That's all . klik barner kalau korang nak join . bye-yeom .. XD

Terima Kasih..Bye-yeom

Gugurl GiveAway By Anis Athia

Assalamualaikum .. 

Dah lama tak update blog nie . dulu time sekolah kalau boleh setiap hari nak update , kadang-kadang sampai 2-3 new post dalam satu hari . Sekarang sebulan sekali pun dah susah sangat . Aku fikir aku ja yang malas, rupa-rupanya blogger2 yang juga classmate aku dulu pun sama . 

So today i'm back again with new GiveAway .. GA ini dari Anis Athia . Jumpa masa blogwalking . Lepas nih ada lagi satu GA . Join la ramai-ramai . TAPI... GA nie untuk perempuan sahaja . Tak percaya tengok ja dekat tajuk tu . 


itu saja . Thanks .

Terima Kasih..Bye-yeom