Aiskrim Goreng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . 

sebenarnya aku nak post pasal kegembiraan aku habis SPM sejak minggu lepas , tapi bile aku dok bukak ja page buat post nie, aku tak taw nak tulis apa . sampai la hari nie baru tergerak hati nak buat post baru tapi pasal cite lain la ..


Hari ini aku nak share ngan korang camne nak buat AISKRIM GORENG . lau korang buat dengan betul dan dengan tertib, menjadi la korang punya aiskrim goreng tu . aku sertakan dengan beberapa keping gambar sekali . so lagi senang nak paham kan ??


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1.  Aiskrim
2. Roti keping 
3. Telur


Cara membuat aiskrim goreng : 

1. Potong bahagian kulit roti . Buang bahagian tu . (yang nie terserah korang nak buang ke xnak , tapi aku lau buat aku buang . sebab aku x suke part tu )

2. Leper leper kan roti tu dan letak kan aiskrim kat tengah tengah die . Jangan letak banyak2 takut x boleh nak dibungkus @ takut meleleh nanti . 

3. Dah siap yang tu, korang ambil bucu roti tu dan cantumkan dengan bucu yang bertentangan . bertentangan ok, bukan bersebelahan . tekan kuat sikit, bagi die melekat sama mereka .


4. Lepas tu korang simpan dalam peti ais untuk satu malam . bahagian sejuk beku yang buat letak ikan tu .



Cara nak goreng :

1. keesokkan harinya , sebelum korang goreng , biarkan dulu die lembut dalam 5-10 minit . 

2. panaskan minyak . x payah banyak2 .

3. celurkan aiskrim tu dalam telur .


4.  kemudian goreng macam biasa . jangan lama2 , takut nanti aiskrim dalam tu cair . 
 

5. angkat dan siap untuk dimakan .


tu ja . selamat mencuba  

p/s: sory pic buruk . xde camera man .. : )

Terima Kasih..Bye-yeom

2 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

thanks kongsi. nt leh la nak cuba. ehhe ;)

ayasama berkata...

cuba jgn x cuba .. ^^