Haram Melukis @ Mencipta Gambar??


Assalamualaikum , ohayo gozaimasu ?? waa~~ jepang :)
Aku dah lame x mengupdate blog sampaikan ada kawan aku tag aku kat satu contest untuk diupdatekan kat blog buruk cantik nie .  
Aku dah ote2 (renew) rupa blog aku nie . suka tak ? suka tak ?
What ? Tak suka ? suka hati korang r . aku menghadap lappy nie sampai pukul 5.13 pagi tuk me'renew' ja . 
eiii ~~ mengadu . =.=''
Balik pada tajuk diatas . minggu lepas minggu yang tak berapa buzy tok aku coz ada exam yang still berjalan tuk budak lain yang amik paper lain dari aku . so for the whole week , aku and kengkawan melukis peta sekolah dengan merayap . 
then kitorang lepak kat library dan aku jumpa satu buku nie . 



then aku gode2 (belek2) la buku tu and aku jumpa satu hukum nie . Hukum melukis @ mencipta gambar .

Soalan: Apakah hukumnya apabila seorang melukis gambar sesuatu yang hidup dan bernyawa ??

Ada 2 pendapat ulama tentang hukum nie . 

Pendapat pertama mengharamkan semua lukisan berbentuk gambar bernyawa . Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Sesungguhnya orang yang paling pedih azabnya pada Hari Kiamat adalah pelukis gambar "
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Ibnu Umar menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya orang yang melukis gambar akan diazab pada hari kiamat . Akan dikatakan pada mereka : Hidupkan sesuatu yang kamu ciptakan "
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Barang siapa menggambarkan sesuatu gambar didunia, maka ia akan diminta bertanggungjawab untuk meniupkan roh ke dalam gambar tersebut dan dia tidak mungkin mampu meniupkan roh "
(Riwayat Muslim)

"Semua orang yang melukis gambar akan masuk neraka . Setiap gambar yang dibuatnya akan diberi roh dan akan menyeksanya di neraka jahanam . "
(Riwayat Muslim)

Diceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah S.A.W ke dalam Kaabah dan mendapati terdapat banyak gambar di dalamnya . Lalu baginda meminta kendi air dan menghapuskan semua gambar tersebut. Baginda seraya bersabda yang bermaksud :
" Semoga Allah membunuh orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang bukan ciptaan mereka . "

Hadis - hadis tersebut menerangkan dengan jelas akan hukum melukis gambar , tidak kira gambar itu 2 dimensi atau 3 dimensi .

Namun begitu, gambar raja yang terdapat pada wang kertas , gambar dalam pasport dan kad pengenalan adalah dikecualikan . Gambar tersebut dibuat untuk kepentingan keperluan , keselamatan dan identiti .  

Dipetik dari "Wanita Dalam Islam : Kemusykilan Dan  Panduan"



Terima Kasih..Bye-yeom

Tiada ulasan: