Kembara Malam Merdeka

Assalamualaikum uollss,


sempena cuti nie aku ingat nak balik rumah aku yang kat johor sana . tapi sebab tiket ekspress dah habis, aku plan nak naik bus lompat aka shuttle ja dari muadzam . sampai segamat amik train ke layang .  tapi seriously merdeka + raya =merdeka raya tahun nie paling tak dapat aku lupa .. pagi semalam aku dengan normalnya pergi ke kelas pagi dan petang . jumpa lecturer . bergelak sakan dengan kawan aku bagai . tapi start dari balik dari kelas , memang kelam kabut gila ..

bermula dengan aku yang habis kelas pukul 5 . sebab kelas aku straight dari pagi sampai petang ( just rehat untuk tengah hari ) aku memang penat gila hari nie . selalunya lepas balik kelas, aku pegi lepak kat bilik kawan aku or tidur kejap kat sana ke hapa tapi sebab penat to the max , aku memang tak larat langsung . masuk bilik, salin baju terus aku tidur .. 

then aku sedar bila kawan aku yang dua ekor tu datang bilik aku . si S'fa dengan Fain sibuk ajak aku lepak bilik diorang . aku cakap la aku malas bagai then aku bagi diorang pinjam laptop aku dengan syarat kau orang tak kacau aku tidur (sebab dalam lappy aku memang banyak gila movie . and tu ja yang buat diorang tak kacau aku ) . lepas tu aku sambung tidur balik and tersedar lepas Kak Byna (roommate) masuk bilik and rush kemas beg dia . sambil2 tu sempat dia bebel kat aku yang mamai nie pasal cik abang dia yang dok bising tunggu dia kat bawah .. errr.. untung lah ada cik abang ambik .. then , aku sambung balik tidur aku .. lepas tu ada lagi yang datang kacau aku tidur . si Rita aka kawan sekolah rendah aku dulu . aku memang plan nak balik jumaat pagi . then dia ada cakap pasal naik kereta dengan pakwe kawan dia sampai segamat lepas tu amik train . beza plan tu cuma kenderaan ke segamat dari muadzam ja .. 

dalam kol 8 malam baru aku bangun . aku kemas katil, aku tengok Kak Byna dah takde. bila dia keluar aku pun tak perasan . lepas tu aku pergi bilik kawan aku, S'fa dengan Fain tu . aku fikir diorang dok layan movie . rupa-rupanya masing-masing tengah tidur . di campur lagi dengan Hawa dengan Syida tumpang tidur bilik diorang sebab diorang terlock pintu bilik and dua2 tak bawak kunci . pastu borak2 kejap dengan diorang baru aku pergi mandi . time dah  nak siap tu dengar Rita dok jerit nama aku . nasib baik aku dah siap . aku keluar shower tengok dia dah siap pakai baju + jeans + tudung bagai . 


"wei , kau nak pergi mana ? slamber ja kau pakai jeans . senior tak bising" tanya aku dengan innocentnya .

" nak balik lah . wei.. kan aku dah cakap petang tadi . kita balik malam nie . naik kereta pakwe kawan aku yang Eja tu . "

"bila kau cakap . aku just dengar kau cakap naik kereta pakwe kawan kau . kau tak cakap pun balik malam nie . " 

" ada. aku ada cakap sekali tadi time kau ngah mamai2 tu . kau pun dah cakap hmm..hmmm.. aku pikir kau dengar . tu yang aku bla terus . dah2 cepat siap . dalam kol 10 pakwe dia sampai . "


aku tengok jam . ishk .. dah 9.30 .. bapak r .. dengan beg tak packing lagi  . then terus aku kemas2 apa yang patut . aku rasa yang tak patut pun aku humban masuk beg belakang aku dengan beg lappy yang tak berapa nak besar tu .. tepat pukul 9. 55 aku siap . terus pegi bilik S'fa dengan Fain melapor yang aku nak balik . kang membebel budak dua ekor tu . then terus jumpa Rita ngan Eja pastu terus turun PI . tengok pakwe si Eja tu datang sekali dengan kawan dia 2 orang . sekali tengok kereta dia bawak , la wira ja .. muat ke nak naik 6 orang nie .. argh ... lantak .. masing2 nekad ja balik malam tu ..sekali muat la weii ..

nak bagi tahu satu rahsia . aku sangat mudah suka tengok lelaki bawak kereta . maksud aku, aku suka tengok diorang punya style .macam yang drive malam tu tak silap aku orang panggil dia Ajak aka Razak. dia bawak laju gila bapak, tapi muka relax ja .. siap boleh berbual + texting bagai . padahal aku tengok meter tu dah cecah 160km/j .. then aku suka tengok posture diorang .. cara diorang pusing stereng tu, semua aku suka . kalau aku naik dengan abah aku pun , aku akan tengok cara dia handle stereng . serius aku nak belajar drive macam diorang sebab orang pompuan nie kalau dah pegang stereng gelabah tak tentu pasal . bawak serabut gila . 

balik pada cerita .. kitorang sampai segamat kol 10.50 .. 45 minit dari muadzam ke segamat .. see ? dah boleh agak berapa laju dia bawak . tapi disebabkan banyak jalan tutup semperna merdeka, berpusing2 la jugak kitorang kat bandar segamat tu .. yang Ajak pulak punya sengal dia cakap "nak main merry go round ?"  punya kitorang pikir dia nak bawak pergi funfair ke hapa . rupanya dia pusing kat roundabout tu banyak kali .. doh to the max . masuk kali ketiga dia sendiri surrender "dah..dah.. pening dok aku .." haha.. ngek .. then dia turun kan kitorang 4 orang termasuk pakwe Eja kat stesen keretapi . dia dengan kawan dia pun nak balik U diorang sebenarnya . lepas ber'bye2' sume, yang dua ekor tu pegi bali U diorang , kitorang pergi baazar teminal . masing2 dah lapar gila . pastu pergi merayap dengan beg bagai pergi kedai makan sebelah dataran . dataran masa tu memang sesak gila lah kan .. then lepas makan tu sempat la jugak sambut merdeka kat dataran tu ..

lepas tu terus pergi balik stesen keretapi .. dah makin ramai orang dah .. pukul 1 ja terus beli tiket . Eja dengan pakwe dia balik JB . aku dengan Rita balik kluang . kat tiket tengok masa depart pukul 2 .. owh .. banyak masa lagi .. sekali memang betul2 banyak masa .. nak dekat2 pukul 2 tu dia cakap train shuttle 61 delay . ok .. ingat delay 30 minit ke 1 jam sekali kena tunggu 2 jam .. pukul 4 la tu .. pergh .. memang angin ja masing2 .. Rita dengan Rja memang dah tak sanggup nak stay up terus tidur atas kerusi alas kepala dengan beg ja masing2 .. aku nak call abah aku cakap train delay, sekali tengok handphone punya bateri dah kosong .. dok keluar warning 'low battery' ... so aku pun sambung baca novel (memang wajib bawak kalau pergi jalan jauh) . tepat pukul 4 tengok train tak sampai2 lagi .. aku ingat naak tidur ja . baru nak lelap mata , train sampai .. memang siot gila lah kan .. naik train, amik mana2 seat terus aku tidur .. 

sedar2 ja dah sampai stesen paloh . then sambung tidur lagi .. sampai stesen kluang terus tersedar . then try on handphone . Alhamdulillah .. boleh pun .. terus mesej abah aku cakap dah kat kluang . then abah aku call .. nak confirmkan aku kat mana and turun kat mana . habis ja aku cakap dengan dia, terus mati phone aku .. memang jenis mati dah takley hidup lagi tu.. nak dekat sampai layang baru terpikir nak pinjam handphone Rita , call ibu aku cakap dah nak sampai .. sampai layang , Rita tunggu pakwe dia. ayah aku pun dah tunggu kat depan stesen . 

masuk rumah terus masuk bilik on lappy .. karang blog .. haha .. tadi berhenti jap .. dok berbual dengan ibu aku .. dia cakap abah aku dua kali pergi bandar kluang sebab aku tak sampai2 lagi .. pergi kluang 35 minit .. kalau pergi balik 70 minit .. darab dengan dua .. ishk ..ishk .. kesian abah aku .. dengar ibu aku cerita macam tu , serius aku serba salah .. tapi memang aku dah cakap dengan abah aku yang aku turun kat stesen layang . yang jauh dia hanya 2 minit perjalanan menaiki kereta tu .. tapi maybe sebab risau, tu yang pergi turun stesen besar tu .. sorry abah .. susahkan abah malam nie .. sementara ada waktu nie, aku nak ucapkan ....


SELAMAT MENYAMBUT 
MERDEKA RAYA !!!

MAAF ZAHIR & BATIN :D

Terima Kasih..Bye-yeom